Assalamualaikum, nak cerita...
Belajar menjahit langsir dalam masa sehari? Anda mungkin tak percaya. Tak percaya akan pandai belajar dalam masa tujuh jam sahaja? Belum cuba, belum tahu. Nak belajar, jangan mengambil masa lama ... ramai yang mengadakan kelas berbulan, iaitu sejam atau dua jam sahaja sekali belajar... pulak tu diadakan sekali seminggu, kalau macam ni macam manalah nak pandai, adalah lebih elok belajar intensif dalam masa sehari sahaja. Jadi pembelajaran berlangsung berterusan, mood dan tempo tidak terjejas.
Peringkat awal dulu, saya pernahlah belajar begitu ...selama dua bulan, dua jam sekali dalam seminggu, waduh.. terlalu lama jarak daripada satu kelas ke satu kelas...tak dapat apa ketika itu... sehinggalah bertemu dengan cikgu Saidah Yusuf, yang mengajar dalam masa sehari sahaja. Belajar dengan beliau senang sahaja, apatah lagi dengan adanya pola-pola langsir rekaannya.
Kini kami bergabung mengendalikan kelas untuk mereka yang mendambakan ilmu kemahiran jahitan langsir. Jika kelas ramai kami mengajar berdua, tetapi untuk kumpulan kecil saya akan mengajar sendiri. Waktu belajar dari jam 9.30 pagi hinggalah 5.30 petang... anda pasti boleh!
Yang perlu, hanya tumpuan sepenuh perhatian pada jenis-jenis langsir yang diajar. Rasa-rasa nak try tak? Kalau teringin, bolehlah sertai Bengkel Sanggar Busana & Langsir pada 5 Oktober (2013), ya..tidak lama lagi, bertempat di Lot Kedai, Fasa 2 Taman Seri Gombak...pertanyaan lanjut mengenai bengkel dan arah haluan, hubungi 013-3310221.
Yuran tawaran: RM498 anda dapat belajar dan mendapat set 8 kertas pola langsir jenis,
* royal scallop ukuran kecil, sedang besar.
* scallop bertindih
* scalop mudah
* swag
* bahu scallop dan
* box pleat
* aksesori
Mari kita selami kemeriahan kelas Jahitan Langsir dan Kraf Dekor yang lepas.
Sekali lagi, bertempat di sebuah pusat latihan di Bangi,
berlangsung Bengkel Jahitan Langsir dan Kraf Dekor , dari 20 hingga 23
September lalu. Bengkel kali ini hadiri oleh seramai 27 peserta, antaranya dari
Pahang, Kedah, Johor, Perak dan Kelantan. Seperti bengkel sebelumnya, peserta
semuanya gigih ingin menimba ilmu kemahiran jahitan.
Lihat gelagat mereka
di dalam kelas. Apabila terlalu banyak diajar dan perlu disiapkan pada masa
itu, ada yang kelihatan sedikit tension, namun masing-masing tidak berputus
asa, tetap juga ingin menyiapkan hasil kerja masing-masing. Tarrrraaaaar.... Inilah hasil jahitannya... bila dah siap, semya tersenyum puas!
No comments:
Post a Comment