Yakin dengan kerjaya di bidang jahitan seorang
lulusan universiti di bidang kimia, mengambil keputusan nekad bekerja sendiri,
dengan alasan mahu mendapatkan lebih banyak masa bersama anak-anak.
Mula-mula isteri berniaga
secara kecil-kecilan di rumah termasuk menjual peralatan hiasan seramik dan
mengambil tempahan jahitan langsir. Setahun dua sahaja, kegiatannya berkembang.
Tidak menang tangan, akhirnya suaminya, seorang jurutera berhenti kerja untuk
membantu melancarkan perniagaan jahitan
langsir dan hiasan dalaman yang diusahakan isterinya. Pelanggan semakin
bertambah, akhirnya mereka berjaya
membuka sebuah ruang pameran, di Prima Gombak.
Saidah Yusof, seorang lagi
yang berjaya dalam perniagaan jahitan langsir. Daripada mengambil tempahan di
rumah, perniagaannya kemudian beralih ke kedai di Temerloh, Pahang. Mengapa memilih
bidang jahitan langsir?
Menurut Saidah, beliau
memilih jahitan langsir kerana upahnya lebih lumayan daripada menjahit
pakaian.
“Menjahit langsir,
selalunya membabitkan pintu dan tingkap seluruh rumah, upahnya mencecah ribuan
ringgit. Sedangkan kalau jahitan pakaian, sudahlah rumit tetapi satu pasang
saja kalau di Temerloh tak sampai seratus… upah sepasang baju, hanya puluhan
ringgit! Biarpun menjahit langsir juga mencabar namun pendapatannya lumayan!” -
SAIDAH
Nor pula menambah: “Kenapa
saya pilih jahitan langsir? Kerana jahitan dan potongan langsir lebih ringkas
dan mudah. Selepas menjadi wakil pengedar fabrik Elyza’s (yang berharga puluhan
ringgit semeter), hasil pendapatan kami berlipat kali ganda. Bergantung kepada
besar kecil kediaman, upah jahitan langsir untuk sebuah rumah senang-senang
sahaja mencecah RM10 ribu, RM20 ribu atau RM30 ribu! Jadi, tidak rugi suami
saya berhenti kerja untuk membantu mengembangkan perniagaan kami.”
Adakah anda juga terasa
ingin membabitkan diri dalam bidang jahitan langsir? Tidak yakin pada diri
sendiri? Hmm… ketepikan segala alasan dan pemikiran negatif, bermulah dengan
mempelajari cara menjahit langsir. Susah? Tidak, dengan aneka jenis pola langsir
(kertas dasar langsir) yang disediakan oleh Saidah Yusof, pembelajaran akan
menjadi lebih mudah!
Bagi anda yang tahu asas menjahit, boleh membeli Set 8
Pola bersekali buku Asas Jahitan Langsir berharga RM150 (bersekali kos pos)
tetapi, untuk mendapatkan lebih banyak ilmu dan tips jahitan langsir, dinasihatkan
mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh penulis buku dan penyedia set pola
berkenaan.
Bengkel Asas Jahitan
Langsir Intensif diadakan dua hari, iaitu Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi hingga
6 petang. Yurannya, RM480. Adakah mahal? Tidak…ianya berpatutan kerana jumlah
bayaran itu termasuk Set 8 pola dan buku Asas Jahitan Langsir, bernilai RM140,
benang dan jarum jahit yang diberikan terus kepada peserta.
Tertakluk kepada pindaan,
harga RM480 ditolak RM140 (Set 8 pola dan buku panduan) = Bermakna yuran
latihan praktikal hanyalah RM340 untuk pembelajaran amali membuat;
·
Kepala langsir Royal Scallop
·
Kepala langsir Scallop Mudah
·
Kepala langsir Scallop Bertindih
·
Kepala langsir Swag
·
Bahu Scallop
·
Langsir Box Pleat
Turut
diajar
·
Membuat aksesori langsir jenis bow dan roset.
·
Tunjuk ajar cara mengambil ukuran tingkap.
·
Tunjuk ajar mengira ukuran kain
·
Tunjuk ajar memotong dan menjahit langsir.
Bagi yang mahir menjahit,
boleh beli dan menggunakan pola ini tanpa perlu belajar! Ikuti langkah membuat
seperti di dalam buku panduan.
Anda hanya perlu tekap,
potong, lipat lisu langsir dan jahit! Semua ukuran untuk membuat aneka bentuk
kepala langsir berkenaan sudah ditulis pada pola (kertas dasar) dan buku
panduan. Ikuti saja langkah yang ditunjukkan.
Set 8 Pola Langsir bercetak
mengandungi pola
·
Royal Scallop ukuran kecil
·
Royal Scallop ukuran sedang
·
Royal Scallop ukuran Besar
·
Scallop Mudah
·
Scallop Bertindih
·
Swag
·
Bahu Scallop dan
·
Box Pleat serta
·
Buku Asas Jahitan Langsir
Buku ini turut menerangkan
cara mengambil ukuran badan langsir dan cara membuat aneka kepala langsir
mengikut setiap satu kertas pola atau dasar yang disediakan.
Ingin membeli terus set
pola atau mengikuti bengkel? Terpulang.Yang pasti tidak sia-sia anda
mengeluarkan RM150 atau RM480 untuk mendapatkan ilmu jahitan jika dimanfaatkan
untuk mengambil upah jahitan. Jadi, mahukah anda meningkatkan ilmu dan
kemahiran serta menambahkan punca pendapatan? Tepuk dada tanya selera!
Jika menjahit adalah hobi
anda, kini
tukarkan hobi itu kepada duit! Manfaatkan bakat yang ada pada diri sendiri,
yang kurang berbabakat, ambil masa untuk belajar dan melatih diri. Asahlah
sedikit bakat yang ada, Insya-Allah ilmu itu akan dapat dimanfaatkan untuk
meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.
Selamat berjaya!
Keterangan lanjut: 013-3310221
Facebook: Sanggar Busana &Langsir (sila klik like)