Monday, July 29, 2013

Kelas Jahit Langsir seterusnya...

Assalamualaikum... seorang peserta nun jauh dari Sarawak dan seorang dari Perlis, sudah mengesahkan penyertaan dalam bengkel jahitan langsir untuk kumpulan kecil pada 24 Ogos nanti.. bagi yang berminat jangan lupa mengesahkan penyertaan. RM498 sahaja untuk mempelajari 10 jenis - langsir dan aksesori.. jangan lepaskan peluang sebelum tawaran harga berakhir.   013-3310221

Friday, July 19, 2013

Kelas Jahitan Langsir : Timba kemahiran dalam masa sehari!!!


Setelah lama bercita-cita untuk mengadakan bengkel khas untuk peserta perseorangan, akhirnya kami dapat mengumpul lima orang dari jauh dan dekat. Seorang peserta, Suraidah sanggup datang dari Kedah, yang lainnya dari sekitar Lembah Klang. Bengkel intensif berjalan dengan sempurna bertempat di Chamar Kreatif No 19, Jalan Seri Permaisuri 9, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. Lihat wajah gembira peserta-peserta ini.  (Selepas ini kelas diadakan di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor. Hubungi 013-3310221 untuk keterangan lengkap).




Dari kiri: Sue (Kedah), Siti Zue (Setapak), Jasmah (Sungai Buloh) dan Saripah (Shah Alam) dan seorang lagi tidak termasuk pula dalam gambar ini... satu-satunya peserta lelaki, Khair. Bersedia  untuk memulakan latihan amali memotong kain mengikut pola scallop yang diberi.


 Dengan tersedianya pola untuk setiap jenis scallop yang dipelajari, kerja membuat menjadi lebih mudah dan pantas.

 Setelah menekap pola dan memotong kain, diikuti pula dengan langkah melipat lisu scallop dan menyusun.



Su yang sudah lama mengusahakan bisnes jahitan, mengambil inisiatif datang jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk menyertai bengkel bagi menambah ilmu dan kemahiran. Selama ini katanya dia hanya menyediakan scallop mengikut cara sendiri dan tidak pernah belajar.


Jasmah yang bekerja makan gaji, tidak ketinggalan ingin menceburi bidang jahitan langsir. Bagusnya bengkel ini, setiap orang yang datang belajar pasti akan menyelesaikan kerja jahitan. Itu yang baiknya kelas yang diadakan secara insentif sehari suntuk. Saya pernah menyertai kelas dua jam sehari, seminggu sekali untuk selama dua bulan... membazirkan masa, wang dan tenaga kerana apa yang pelajari tidak dapat diamalkan kerana tiada kesinambungan dan tiada jahitan amali dalam kelas!



Ini Sharipah. Ada satu cerita lucu pasal Sharipah ni, kerana terlalu ghairahnya nak belajar membuat langsir, dia datang seminggu lebih awal, pada ketika kelas belum diadakan.

"Hello, saya dah sampai ke stesen  Salak Selatan, nak pergi hala ke mana?" Terkejut beruk saya menerima panggilan itu,

"Eh, bukan hari ni... bengkelnya minggu depanlah," jawab saya.
 Haa sabarn saja dia.. tidak marah-marah sebab sendiri yang silap hari bulan...bahkan sambil ketawa dia menjawab..."Tak apalah sekurang-kurangnya saya dah tahu tempat dan macam mana nak  pergi ke tempat ni."



 Bukan main lagi Sharipah ni, pertama kali belajar dah bawah kain mahal... English Cotton harga puluhan ringgit semeter, tetapi dia bijak.. katanya ...sajalah saya beli yang mahal sebab bila siap nak pakai terus kat tingkap rumah. Memang betul, tengok hasil kerjanya - gambar bawah sekali.



 Jashmah dan Siti Zue.. sedang tekun melipat lisu scallop.


Sudah memotoang dan melipat lisu scallop, kini tibalah masa untuk menjahit... Khair menjahit sambil diperhatikan Cikgu Saidah.  Menurut Khair dia tak pernah menggunakan mesin jahit, tetapi bersungguh ingin belajar .. akhirnya dia berjaya juga membuat langsir seperti mana peserta lain.


 Maka bilikjahitan,,, riuh dengan bunyi enjin mesin..


 Khair sewaktu memotong kain




 Hasil lipatan lisu royal scallop dan bahu scallop oleh Khair


Taraa..... Hasil kerja Saripah sudah ditayangkan pada tingkap rumahnya. Kreatif pula dia memadankan dua warna kain.


Teringin mencari hasil pendapatan tambahan dengan menjahit langsir? Marilah kita belajar....

Bagi yang berminat, jangan terlepas penyertaan dalam bengkel seterusnya, dicadangkan Sabtu 24 Ogos atau 31 Ogos... Sila PM untuk menyatakan minat penyertaan. Ada berkata yuran sangat berbaloi, RM498 untuk belajar 10 item. 

Bagi yang dah pandai membuat langsir dan ingin membuat pelbagai lagi jenis, boleh beli set pola langsir berharga RM150 untuk set 8 kertas pola langsir. Untuk anda tekap, potong dan jahit!


HUBUNGI 013-3310221 UNTUK PERTANYAAN KELAS LANGSIR SETERUSNYA.
Pertanyaan lanjut:   013-3310221